Saturday, April 26, 2014

JTX Air Tracker Jimat Minyak Petrol

Ramai orang tertanya-tanya mengenai JTX Air Tracker bagaimana sekeping 'sticker' tu boleh menjimatkan penggunaan minyak petrol pada kenderaan. Untuk pengetahuan anda, JTX Air Tracker ni bukanlah semata-mata 'sticker' sahaja. Pelekat 'double sided tape' yang ada di belakang JTX Air Tracker berfungsi untuk melekatkan JTX Air Tracker pada atas penutup 'Air Filter' kereta anda. Kalau takda pelekat 'double sided tape' di belakang JTX Air Tracker tu, kemungkinan ia akan hilang ditiup angin semasa anda memandu. So ia hanya merupakan medium untuk melekatkan je pada 'air filter box'. Selain dari 'sticker', ada je orang guna tali pengikat untuk mengikat JTX Air Tracker dari hilang semasa pemanduan seperti di bawah.....




JTX Air Tracker Jimat Minyak

Sebelum kita nak cakap mengenai penjimatan minyak, mari kita faham dulu asas bagaimana enjin kereta berfungsi melalui illustrasi gambar di bawah. Saya terangkan pon secara asas kerana saya bukan engineering background. Tapi ini adalah apa yang saya faham. Kalau salah, tolong betulkan saya yer.


Piston Pertama

Udara + bahan api (petrol atau diesel) masuk ke ruang kebuk pembakaran (combustion chamber) melalui 'intake valve' yang telah di buka.  Pada ketika ini, piston akan berada di bawah. 


Piston Kedua

Kedua-dua 'valve' ditutup dan piston bergerak ke atas untuk compressed campuran udara + bahan api


Piston Ketiga

Kedua-dua valve masih lagi dalam keadaan tertutup dan palam pencucuh mengeluarkan percikan api selepas campuran udara+ bahan api di compressed dan menyebakan piston turun ke bawah.

Piston Keempat

Gas-gas seperti CO (karbon monoksida) + CO2 (karbon dioksida) + H2O (air) akan terhasil dan keluar melalui 'exhaust valve' yang terbuka. Manakala 'intake valve' pula berada dalam keadaan tertutup.


Kesimpulan yang boleh kita buat adalah setiap pembakaran memerlukan BAHAN API dan UDARA. Tanpa 2 unsur ini, pembakaran tidak akan berlaku. Jadi, apa kaitannya dengan JTX Air Tracker?

Pernah kah kita terbayang senaskah suratkhabar  dan suratkhabar yang telah dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil, mana satu akan cepat terbakar atau berlaku pembakaran lengkap? Sudah semestinya suratkhabar yang telah dikoyakkan menjadi cebisan-cebisan kecil kerana luas permukaannya yang kecil. Luas permukaan yang kecil memerlukan tenaga (bahan api) yang kurang berbanding untuk membuat pembakaran ke atas luas permukaan yang besar (senaskah suratkhabar). 

Jadi, JTX Air Tracker ni berfungsi untuk menukarkan molekul-molekul udara yang telah di tapis melalui 'air filter' menjadi struktur molekul-molekul yang halus sebelum masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Struktur molekul-molekul yang halus ini membolehkan bahan api dapat dibakar sepenuhnya dengan kadar optimum. Ini bermaksud semakin besar molekul-molekul udara, semakin banyak bahan api yang perlu digunakan untuk melakukan pembakaran yang lengkap dan sebaliknya. Di mana kita nak letak JTX Air Tracker ni? Rujuk SINI. 


Jadi jika sebelum ni hasil yang keluar selepas pembakaran adalah CO + CO2 dan H2O. Air yang keluar melalui ekzos selalunya kita boleh lihat pada enjin kereta baru. Tapi lama kelamaan, air tidak lagi kelihatan keluar di ekzos kerana karbon monoksida dan karbon dioksida yang keluar adalah melebihi dari air. Walau bagaimanapun ia tidak bermaksud tiada air dihasilkan selepas pembakaran berlaku di kebuk pembakaran. Air ada dihasilkan juga tetapi disebabkan ekzos yang panas menyebabkan air yang melalui di dalam ekzos tersebut akan tersejat sebelum keluar di ekzos. 

Akan tetapi selepas penggunaan JTX Air Tracker ini, pembakaran lengkap berlaku dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 21% dan karbon monoksida 60%. Lebih memeranjatkan lagi, ekzos pon tidak panas (suam dan boleh dipegang) serta selepas 15-20 min pemasangannya, air dilihat mengalir keluar di ekzos. Selamat mencuba!!





Ingin dapatkan JTX AirTracker ini dengan harga ahli?
Sila hubungi saya
 Tel :013-682 5885
Email : ridhuancr@yahoo.com.my


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...