Monday, September 09, 2013

PENGOKSIDAAN, RADIKAL BEBAS & ANTIOKSIDA

PENGOKSIDAAN

Secara amnya, tubuh badan manusia memerlukan proses PENGOKSIDAAN untuk :-

- menguraikan makanan
- pernafasan &
- menggantikan sel-sel yang dah mati


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan sampingan yang wujud hasil daripada proses PENGOKSIDAAN tersebut. Di antara kesan sampingnya adalah penghasilan "RADIKAL BEBAS" (FREE RADICAL). 

RADIKAL BEBAS

Radikal bebas adalah molekul yang sangat aktif & tidak stabil disebabkan oleh kekurangan satu elektron dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel yang lain. Radikal bebas amat berbahaya kerana ianya akan merosakkan sel-sel yang berhampiran. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas ini memerlukan masa  bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Sebagai contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah

Sifat radikal bebas yang mengambil elektron dari sel tubuh badan manusia akan menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga mewujudkan sel-sel mutan. Bila perubahan DNA ini terjadi untuk tempoh bertahun-tahun lamanya, akan menimbulkan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, dan alzheimer. 

Sesungguhnya setiap tubuh badan manusia dapat menghasilkan antioksidan tetapi jumlahnya tidak cukup untuk meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh manusia disebabkan oleh faktor-faktor sekeliling kita.  




Kewujudan radikal bebas adalah disebabkan oleh beberapa faktor LUARAN & DALAMAN.

Antara faktor LUARAN adalah:

Dari Pemakanan kita seharian:
        * yang tidak seimbang,
        * keracunan (buah, sayur)
        * bahan pewarna.
        * makanan segera
Bahan-bahan pencemar yang wujud dalam udara.
Radiasi.
        * termasuk radiasi elektromagnetik yang terhasil dari alat-alat elektronik seperti telefon 

           bimbit, komputer dan lain-lain..
- Terdedah kepada sinaran matahari yang berlebihan.
Merokok & perokok pasif.
Alkohol & ubat-ubatan.



Antara faktor DALAMAN adalah:

- Keupayaan sistem pertahanan tubuh (anti-body).
- Tekanan perasaan (stress).
- Bersenam terlampau kuat.


ANTIOKSIDA

Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkirkan radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas tersebut. 

Antioksida ini penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti kanser, penyakit jantung, dan alzheimer. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.

Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat melambatkan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas. Selain ia juga memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.

CARA UNTUK DAPATKAN ANTIOKSIDA

Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik disebabkan oleh radikal bebas memerlukan bahan yang kaya dengan antioksida seperti berikut :-

- buah-buahan seperti tomato, kiwi, anggur, epal, aprikot, kurma & delima

- jus oren
- BIO VELOCITY SLEEP MATE kerana ia dapat mengurangkan kesan radiasi elektromagnet.
- Kopi dan saya amat mengesyorkan MINERAL COFFEE kerana ia mengandungi bahan yang 
  kaya dengan antioksida.


FAEDAH ANTIOKSIDA

  • Meningkatkan sistem imun badan (terutamanya untuk orang dewasa yang lebih tua)
  • Membantu untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser
  • Boleh membantu dalam mencegah kemandulan lelaki
  • Bermanfaat dalam melawan pelbagai penyakit kardiovaskular
  • Melambatkan proses penuaan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...