Monday, September 09, 2013

KOPI DAN KHASIATNYA


Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa di seluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing. Kafein berfungsi untuk merangsang stamina, sistem sereberal (otak), asiditik perut dan aktiviti kolon. Kafein yang diminum memberi kesan kepada tubuh badan dalam jangkamasa 30-45 minit dan kesannya berpanjangan selama 3 jam. Kafein tidak berkumpul dalam badan sebaliknya ia akan dikumuhkan melalui air kencing. Namun begitu, ramai memperkatakan bahawa faedah kopi bukan setakat membuatkan seseorang itu berasa lebih bertenaga sebaik bangun tidur tetapi ia lebih daripada itu. 

ANTARA KEBAIKAN MINUM KOPI

Kemampuan kognitif. Tiga cawan kopi dalam sehari boleh menghalang penurunan fungsi kognitif otak pada wanita akibat penuaan. Hasil kajian menunjukkan angka yang cukup signifikan hingga 33% ketika diuji kepada 4,197 wanita di Perancis. Uniknya, hal ini tidak berlaku kepada lelaki kerana wanita lebih cenderung terhadap kafein.
Penyakit jantung dan stroke. Kajian ke atas 8300 wanita di atas 24 tahun di Finland menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kopi 2-3 cawan kopi dalam sehari mempunyai risiko stroke 19% lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi. 
Penyakit Parkinson. Mereka yang tergolong peminum kopi mempunyai kecenderungan terkena penyakit Parkinson 50% lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.
Kanser. Penyelidikan secara konsisten juga menunjukkan bahawa peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena kanser hati, kanser payudara dan kanser usus besar.
Pengerasan hati atau sirosis. Kopi melindungi hati dari sirosis, terutama yang diakibatkan oleh ketagihan alkohol.
- Mengurangkan masalah selulitDalam kajian Universiti Sao Paulo, Brazil, pada 2008, pengkaji mendapati kafein mampu mengurangkan sel selulit hingga 17 peratus manakala satu lagi kajian yang dijalankan Universiti Persekutuan Rio de Janeiro ke atas sukarelawan, mendapati kafein dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70 peratus. Sifat kafein yang menjadikannya bahan yang mampu mengurangkan masalah selulit pada tubuh adalah sifat diuretik iaitu mampu mengetatkan sel dan pembuluh darah. Sifat diuretiknya membantu menyingkirkan lebihan air dari badan, seterusnya mengurangkan masalah sembap yang sering dikaitkan dengan selulit, seterusnya memberi penampilan lebih langsing.
- Sifat antioksidan. Kopi membantu menjaga dan melindungi kulit daripada kesan rosak kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalunya dikaitkan dengan penuaan awal. Radikal bebas boleh memberi kerosakan kepada molekul sel apabila terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama atau pencemaran alam sekitar yang menjadi faktor utama terjadinya jerawat, kedutan, garisan halus dan bintik pada kulit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...